Temasya Sukan Olimpik Musim Panas 2012

Peserta

Bilangan ahli setiap kontinjen

Seramai 10,000 orang atlit yang mewakili 204 Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan dijangka turut serta,[4] sekaligus menjangkaui Sukan Olimpik Musim Panas 1948 di London dan Sukan Komanwel 2002 di Manchester sebagai temasya aneka sukan terbesar yang pernah dianjurkan di United Kingdom.[63]

Jawatankuasa Olimpik Antillen Belanda yang pernah merancang untuk terus beroperasi selepas Antillen Belanda dibubarkan, ditarik balik keahliannya oleh Jawatankuasa Eksekutif IOC di sesi IOC Jun 2011. Bagaimanapun, para atlit Antillen Belanda yang layak keSukan Olimpik 2012 dibenarkan turut serta secara bebas di bawah bendera Olimpik. Memandangkan Sudan Selatan tiada NOC yang teriktiraf, atlit balapan dan padang dari negara tersebut, Guor Marial turut serta sebagai peserta bebas.[64]

Juga timbulnya kekhuatiran bahawa Arab Saudi, Qatar dan Brunei tidak menghantar atlit wanita ke temasya. Walaupun demikian, kontinjen Arab Saudi akhirnya menghantar dua orang wanita.[65][66]


Rujukan

WikiPedia: Sukan Olimpik Musim Panas 2012 http://www.insidethegames.biz/olympics/summer-olym... http://www.businesswire.com/news/home/201104100050... http://www.engadget.com/2012/06/06/youtube-london-... http://www.gamesbids.com/eng/future_olympic_games/... http://abcnews.go.com/Travel/wireStory?id=10171244 http://www.irishtimes.com/newspaper/breaking/2011/... http://www.ksl.com/?nid=148&sid=20827055 http://www.latimes.com/entertainment/arts/culture/... http://www.london2012.com/about-newlook-video.html http://www.london2012.com/about-us/the-people-deli...